Peluang jadi pelakon drama
Ditulis oleh Rosli Manah    Isnin, 13 Julai 2009 16:49    E-mail

 

Anda minat menjadi pelakon atau model? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib dalam sesi uji bakat anjuran Rashdan Baba Talent Agency.

 

Pada 24 dan 25 Julai 2009 ini, syarikat itu akan berada di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Jadi orang Kelantan yang berminat boleh mencuba nasib mereka.

"Calon yang terpilih akan dapat peluang berlakon dalam drama terbitan syarikat produksi yang aktif menerbitkan drama," kata Rashdan.

Sebagai orang yang sudah banyak pengalaman, dia mahu membuka peluang kepada muka-muka baru. Mereka mungkin bermula dengan watak kecil, tapi kalau bakat mereka terserlah, pasti akan mendapat peluang yang lebih besar.

Tiada had umur ditetapkan kerana ia terbuka kepada semua orang, daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua.

Uji bakat akan diadakan bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Semua peserta dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru.

Sebarang pertanyaan pasal sesi itu boleh hubungi Hilmi di talian 019-9931215 atau 012-9897036.

 

 

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 13 Julai 2009 22:39 )