Artis bawa diri lepas tengok suami curang
Ditulis oleh Gossip Girl    Isnin, 13 Februari 2012 15:34    E-mail

Kesiannya Mangga dengar dengan kisah artis perempuan kelas A ni. Dia ni dikenali ramai sebagai artis serba boleh, prihatin dengan masalah terutamanya golongan wanita, ramah mesra dan tak pernah sombong walaupun kedudukan dia memang tahap-tahap atasan gitu.  Macam-macam program artis ni buat bagi memastikan dia sentiasa rapat dengan peminat.

Cuma sejak kebelakangan ini, dia dah jarang muncul. Tertanya-tanya jugaklah, ingatkan kut merajuk dengan stesen tv or pihak media. Kebetulan Mangga lepak dengan sorang kawan yang memang , maka terkeluar cerita artis ni yang agak sepi dari bahan berita. Kata si teman tadi, rupanya kehilangan artis kelas A ni bukan sebab merajuk dengan siapa-siapa, sebaliknya dengan suaminya sendiri yang ditatang sepenuh hati tu!

Mangga diberitahu, si artis ni ternampak suaminya curang di depan mata! Ini bukan kes curang ala keluar makan atau bermanja-manja tapi dah tahap curang di atas katil! Yang paling tak sedap, suaminya itu curang bersama lelaki lain! Haiiyooo...memang makan hati!

Jadi, dek kerana kecewa sangat dengan perlakuan suami yang sangat dicintai itu, maka si artis ni terus mendiamkan diri. Khabarnya dah membawa diri ke luar negara. Dia rasa satu pengkhianatan yang melampau oleh suaminya. Sepanjang mereka berkahwin, pasangan ini memang dilihat sebagai loving couple. Si artis ni tak pernah mengenepikan suaminya dalam setiap majlis dan acara. Pendekata, kalau ada muka si artis ni, maka adalah muka si suami. Padahal, suaminya bukan ada apa-apa pun, sekadar menempel glamor si isteri.

Jadi, bila berlaku perkara tu, manalah si artis tak sedih. Barangkali sekarang dia sedang merawat lara. Sampai bila tu...Mangga pun tak tau. Kalau wajahnya kembali semula dalam dunia seni ni nanti, bermakna lukanya sudah sembuh. Kita tunggu dan lihat sajalah ye!

Apa pun, Mangga doakan agar si artis ni tabah menghadapi dugaan dalam hidupnya ini. Mangga tau dia memang seorang artis yang kuat dan cekal!

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 15 Februari 2012 10:47 )