Cantiknya Raja Ema
Ditulis oleh Wartawan Mangga    Jumaat, 05 Oktober 2012 17:35    E-mail

Setelah sekian lama menyepi daripada sebarang publisiti, penyanyi remaja era 80-an Raja Ema kini kembali semula. Wajah terbaru Raja Ema menghiasi muka depan majalah berteras dunia wanita, Nona edisi terbaru.

Banyak peminat yang teruja melihat penampilan Ema yang semakin cantik itu. Malah ada yang mengatakan dia nampak semakin muda berbanding zaman anak daranya dulu. Dulu Raja Ema ni cantik tapi gempal sikit, sekarang semakin langsing dan tambah jelita.

Tak tahulah teknik solekan atau menjalani pemhedahan kosmetik. Maklumlah zaman sekarang ini artis Malaysia gemar mendapatkan rawatan kecantikan termasuk melakukan pembedahan kosmetik.

Tapi melihat penampilan baru Raja Ema ni, memang ketara sekali perubahan susuk tubuhnya.

Agaknya sebab badannya semakin langsing membuatkan wajahnya juga mengalami sedikit perubahan. Tak tahulah Wartawan Mangga nak buat keputusan... sebab Wartawan Mangga ni bukan pakar dalam bidang kecantikan ni.

Gambar ini Wartawan Mangga ambil daripada laman Facebook seorang kenalan. Agaknya kawan tu membeli majalah tersebut dan memuatkannya dalam laman Facebook sebab teruja dengan kecantikan terkini Raja Ema.

Raja Ema sekarang berusia 44 tahun, sebaya dengan Ziana Zain dan Noraniza Idris. Ziana dan Noraniza pun kekal cantik lagi sehingga sekarang walaupun dah ada beberapa anak.

Wartawan Mangga pun menyelusuri komen-komen yang diberikan oleh kenalan kawan tu bila dia memuatnaikkan cover majalah Nona tu dalam akaun Facebook dia.

Antara yang menarik ialah; "Oh myy!!...Raja Ema dah cantek cengginih?... her surgeon did a great job on her!"

Juga ada yang mengatakan wajahnya ada iras Kris Dayanti. Bila ada yang memberi ulasan mengatakan macam Kris Dayanti, ini komen orang lain pula;"Doktor sama kut."

Wartawan Mangga: Jangan marah bukan nak mengata tau... sekadar mengagumi kecantikan terkini Raja Ema.