Artis tu cuba kaedah tabung uji?
Ditulis oleh Wartawan Mangga    Selasa, 09 Oktober 2012 19:05    E-mail

Wartawan Mangga terdengar kisah hot pasal seorang artis cantik ni. Dia dah kahwin tapi belum ada rezeki dapat timang anak lagi. Biasalah ada yang cepat dapat dan ada yang payah sikit. Nak buat macam mana kan?

Tapi artis tu tak putus asa dan berusaha kaedah moden untuk mendapat cahaya mata. Tak tahulah pulak Wartawan Mangga sama ada sudah berjaya ke belum. Rasa-rasa Wartawan Mangga mereka baru jumpa doktor. Agaknya sedang dalam proses memahamkan mereka pasal kaedah itu.

Wartawan Mangga tak nak lah cakap identiti suaminya, nanti orang boleh agak pulak. Bukan apa... Wartawan Mangga tak nak lah hebahkan dulu takut nanti mengganggu proses mereka. Kalau mereka dah berjaya tu alhamdulillah lah Wartawan Mangga ucapkan.

Bukan kes Datuk Sitiu Nurhaliza ya... ini seorang artis lain. Ramai ke artis Malaysia yang belum dapat anak? Ramai jugak kut. Wartawan Mangga doakan kesemuanya cepat-cepat mendapat rezeki. Kalau tak dapat juga redha lah ye. Mungkin ada rezeki di tempat lain.

Berbalik kepada artis tadi... tak tahulah siapa yang ada masalah sehingga memerlukan mereka membuat persenyawaan di luar. Si suami ke? Atau si artis wanita cantik tu sendiri yang ada problem. Kalau bab bersenyawaan benih ni biasanya benih lelaki yang perlu aktif mencari telur wanita. Itu kata kawan Wartawan Mangga yang ada sedikit ilmu dalam bab sains rumah tangga ni lah. Wartawan Mangga ni tak pandai sangat bab bab sains ni sebab malam baca buku dulu.

Apa-apa pun Wartawan Mangga ucapkan selamat berjaya. Jangan marah pulak ya sebab bukan tujuan nak mengaibkan sesiapa, sekadar nak kongsi cerita sahaja. Wartawan Mangga kenal juga dengan suami artis tu. Orang lain pun ramai yang kenal si suami tu. Tapi Mangga tak nak lah bagi hint ciri-ciri suami dia tu. Maaf ya.

Wartawan Mangga: Kalau sebut tabung uji teringat nama Uji Rashid pulak.