Aidil Aziz tiba-tiba popular
Ditulis oleh Rosli Manah    Selasa, 09 Oktober 2012 20:26   

Kalau dah rezeki tak akan ke mana. Tetap menjadi milik kita. Siapa sangka tiba-tiba nama Aidil Aziz popular. Hanya  kerana dapat peluang berlakon drama bersiri Saifulnita. Dia dapat peluang berlakon watak utama.

Pada awalnya Aidil menerima tawaran itu untuk satu watak pembantu sahaja. Tapi dek kerana pelakon yang dicari oleh pengarah sibuk dengan komitmen lain, maka Aidil diangkat sebagai hero. Itu kan tuah namanya.

Hari ini drama Saifulnita yang ditayangkan di TV3 mendapat sambutan menggalakkan. Sekali gus menaikkan nama Aidil menjadi sebuah nama yang popular. Aidil mula mengumpul peminat dan semakin dikenali. Memandangkan ada yang masih tak mengenalinya sebab publisiti untuknya pun kurang, ada yang memanggilnya dengan nama Saiful.

"Ada yang memanggil saya dengan panggilan Saiful.Tak apalah sekurang-kurangnya saya tahu mereka mengikuti lakonan saya.

Saya tak kisah dan tak ambil hati bila ada yang masih tak mengenali siapa saya sebab saya seorang pelakon baru. Saya harap selepas ini mereka akan lebih mengenali saya,"kata Aidil. Dalam Saifulnita, Aidil berganding dengan Kilafairy.

Aidil dah banyak berlakon sebenarnya antaranya Cinta Bola, Trilogi Cinta 2 (RTM), Menantu Tiga Rasa (RTM), Masyitah (RTM) dan banyak lagi. Akademi Polis antara drama terawal lakonannya.

Selepas ini pasti semakin banyak tawaran berlakon watak hero menanti Aidil. Aidil juga sedang sibuk di lokasi penggambaran drama.

Aidil juga mempunyai perawakan yang baik untuk bergelar hero. Dengan susuk tubuh tinggi lampai dan kacak, pasti suatu hari nanti Aidil akan berada di papan atas senarai Hero Pujaan Malaya. Lakonan dia juga sebaik pelakon yang lebih senior.