Sarimah kongsi rahsia sihat
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 25 Oktober 2012 20:53   

 

 

Primadona Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan pada bulan September 2012 adalah syarikat pertama di dunia yang menghasilkan produk kesihatan menggunakan Teknologi Dwi Sel Induk Yang Diperkasa Dengan Ozon.

Sebagai pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat, Dato’ Dr. Sarimah Ahmad mempunyai mandat untuk memantau operasi serta menentukan halatuju syarikat agar bersesuaian dengan aspirasi beliau.

 

Hasrat Seniwati Sarimah untuk berkongsi rahsia penjagaan usia dan kesihatan menggunakan produk berteknologi tinggi melalui syarikat miliknya sendiri akhirnya menjadi realiti dengan penubuhan Primadona Worldwide Sdn Bhd.

 

Turut membantu beliau untuk mencapai tujuan murni ini adalah barisan mantap rakan kongsi yang terdiri daripada Musharuddin Mohd (Presiden / CEO), Dr. Mohd Nizar Zakaria (Pengarah Eksekutif / Pengarah Perubatan) dan Mazlan Mohd (Pengarah Kewangan).

 

Berpandukan ungkapan “Kejayaan itu datang dari hati”, Sarimah bersama seluruh warga kerja Primadona Worldwide percaya bahawa keikhlasan dan ketulusan hati adalah kunci kepada bukan sahaja kejayaan di dunia malah akan membawa kepada kejayaan yang kekal di akhirat.

Beliau yakin bahawa kesihatan akan memudahkan ibadah dan perkongsian pengetahuan penjagaan kesihatan juga akan mendapat ganjaran  kebaikan yang berkekalan.

 

Bertitik tolak dari keyakinan inilah maka lahir rangkaian produk penjagaan kesihatan Sarimah Signature Series yang setakat ini terdiri daripada Sari AgeGard (Penjagaan Usia dan Kesihatan Sel), Sari StemShape (Pembakaran Lemak Dalaman) dan Sari StemSerum (Penjagaan Kulit Wajah).

Majlis pelancaran Sarimah Signature Series yang diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara, Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

Majlis tersebut juga menyaksikan pemberian sumbangan awal dari Sarimah selaku pengasas dan pemilik Primadona Worldwide Sdn Bhd kepada Persatuan Karyawan Malaysia melalui Dato’ Freddie Fernandez sebagai presidennya.

 

Berbekalkan kesungguhan untuk berjaya, pengurusan yang mantap serta rangkaian produk penjagaan kesihatan berteknologi tinggi yang bertaraf dunia, Primadona Worldwide Sdn Bhd berhasrat untuk menguasai pasaran tempatan dan seterusnya mengembangkan sayapnya di persada antarabangsa dalam masa terdekat.

Sementara itu mulai bulan September lalu Sarimah adalah pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat Primadona Worldwide Sdn Bhd yang mengeluarkan rangkaian produk kesihatan Sarimah Signature Series dan tidak ada kaitan lagi dengan mana-mana jenama produk.

 

Berbeza dengan produk berasaskan sel induk di pasaran yang hanya mengandungi satu jenis sel induk dan tiada khasiat ozon, rangkaian produk Sarimah Signature Series mengandungi kebaikan dua jenis sel induk tumbuhan, diperkaya dengan khasiat ozon serta mempunyai bahan aktif tambahan untuk menjaga kesihatan sel.

 

 

New layer...
New layer...
New layer...
New layer...
New layer...