Bulu mata berduri Eisya RTM
Ditulis oleh Brader    Rabu, 23 Januari 2013 07:55    E-mail

Pagi ni Brader termenonton program Selamat Pagi 1Malaysia di TV1 RTM, Alamak... terkejut Brader lihat bulu mata pengacaranya Eisya Toh. Tebalnya... macam duri dah Brader nampak. Hitam dan tebal sangat bulunya tu.

Memang Brader pernah nampak Eisya di luar TV. Dia memang suka mengenakan bulu mata palsu. Tapi tak tahu pulak di TV pun imej bulu matanya juga dibawa sama.

 

Bila tengok wajahnya bila kamera close up, tak nampak yang lain dah. Nampak bulu mata saja. Bagi Brader imej tu tak sesuailah sebab SPM tu membicarakan isu semasa yang ada kalanya isu yang lebih serius. Kalau program hiburan tak kisahlah nak pakai bulu mata sekaki panjang pun.

Eisya dulu pernah jadi pengacara program Pilih Kasih terbitan Rosyam Nor. Tak ada pulak bulu mata tebal tu. Kalau tak silap Brader Rosyam mahu ubah imej dia yang sering berbulu mata tu agar nampak lain bila muncul dalam program terbitannya.

Brader harao Eisya tak melenting bila baca ni sebab Brader nak menegur saja demi kebaikan dia jugak. Tak tahulah kalau-kalau Eisya ni jadi tak banyak idea bila buang buku mata palsu, sebab dah lama imejnya macam tu.

Pasal bulu mata palsu ni memanglah popular sebab pelakon pun ada yang gemar berbulu mata palsu walaupun berlakon watak wanita kampung yang hidup susah. Agaknya alasan dia kerana mahu sentiasa nampak cantik.

Antara pelakon yang diingati kerana kerap berbulu mata palsu ialah Eja. Dululah... tapi bila dikritik dia membuangnya  ikut watak lakonannya. Bila dah buang bulu mata palsu tu, Eja menang pula anugerah pelakon wanita terbaik di salah satu festival lakonan. Yalah watak dia pada masa itu tak memerlukan dia nampak cantik pun, nak buat apa pasang bulu mata.

Brader: Tak suka simpan misai, janggut dan jambang sebab nanti banyak pulak peluh di muka.

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 23 Januari 2013 08:27 )