Ziana duta Safi Rania Diamond
Ditulis oleh Rosli Manah    Selasa, 16 April 2013 18:08   

Penjagaan kecantikan yang berterusan sejak berusia remaja membuatkan penyanyi popular Ziana Zain kekal cantik sehingga hari ini. Ziana akui pernah menggunakan produk penjagaan kecantikan yang mahal untuk memelihara kecantikannya.

"Memang banyak diperuntukkan untuk penjagaan kecantikan selama ini. Tapi bila diperkenalkan dengan produk Safi Rania Diamond, saya dapati ia juga berkesan, jadi tak perlu menggunakan produk yang mahal lagi. Tambahan pula produk keluaran Safi dikenali kerana status halalnya," Ziana Zain.

Ziana akui, dia seorang yang cerewet memilih produk kecantikan baik untuk dimakan ataupun produk penjagaan kecantikan. Dia sanggup membelek satu produk demi satu produk untuk melihat apakah kandungan istimewanya.

"Saya dapati, kandungan dalam produk mahal itu juga ada dalam Safi Rania Diamond," kata Ziana semasa ditemui dalam majlis pelancaran rangkaian produk itu hari ini.

 

Produk perawatan antipenuaan Safi Rania Diamond dengan formulasi Nano Diamond DNA Technology adalah definisi komitmen dan kredibliti berterusan Safi di dalam lapangan penyelidikan dan pembangunan produk.

"Safi Rania Diamond membuatkan kami menjadi perintis produk yang menepati kehendak pengguna serta sentiasa inovatif," ujar Pengarah Urusan Wipro Unza (M) Sdn Bhd., Kumar Chander.

Safi Rania Diamond melengkapkan kembara cantik setiap wanita. Tersedia khusus untuk wanita 40an, formulasi Nano Diamond DNA technology bukan sahaja mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah malah merawat, merangsang, mengaktif dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda bermula dengan olesan yang pertama.

"Saya amat berbangga apabila Safi jenama halal nombor satu tempatan melamar saya untuk menjadi duta Safi Rania Diamond.  Kini kembara cantik saya sudah pun menemui jawapannya. Pada usia 40-an, kami memerlukan produk yang sesuai dengan kulit dan usia serta mampu merawat struktur dalaman kulit wajah.

"Keanggunan dan keremajaan kulit dapat diabadikan dengan Formulasi Nano Diamond DNA Technology yang bertindak pada peringkat sel menghasilkan dua kali ganda kolagen dan elastin. Semuanya bermula seawal apilkasi yang pertama,"jelas Ziana.

Hadir dalam kombinasi reka bentuk produk penuh glamor dan moden, rangkaian premium ini dilengkapkan dengan lima produk signatur dengan fungsi khusus untuk mengembalikan pesona keremajaan kulit.

Abadikan kejelitaan anda dengan  Skrub Krim Mikrodermabrasion Safi Rania Diamond, Booster Peremajaan Sel Safi Rania Diamond, Serum Rawatan Intensif Safi Rania Diamond, Krim Antipenuaan SPF27PA ++ Safi Rania Diamond serta Krim Regenerasi Sel Safi Rania Diamond.