Album Pilihan
Memori Hit SPRING
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 01 Februari 2010 17:12    E-mail

Kompilasi SPRING menampilkan 24 lagu hit yang telah berjaya mengangkat nama mereka suatu ketika dulu. Album terbitan Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd ini pastinya akan mengembalikan kenangan peminat dengan lagu popular pada era 90-an.
Add a comment

Baca Lagi...
 
Anang luah perasaan untuk KD
Ditulis oleh Rosli Manah    Rabu, 28 Oktober 2009 12:26    E-mail

Anang.Anang Hermanshah meluahkan apa yang terbuku di dalam dirinya selepas menghadapi masalah rumah tangga dengan Krisdayanti dalam album baru berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Orang kata kalau pencipta lagu melalui saat-saat getir dalam jiwa dan diluahkan dalam lagu, nyanyiannya pasti penuh penghayatan.

Anang juga mencipta lagu dengan sepenuh jiwa. Dengarkan saja lagu Separuh Jiwaku Pergi yang berkisar pasal seorang wanita yang menghianati cinta si lelaki.
Add a comment

Baca Lagi... Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Oktober 2009 12:57 )
 
Lethologica Sandaran Letto
Ditulis oleh Nonie    Selasa, 29 September 2009 10:54    E-mail


Sebelum Cahaya dan Sandaran Hati pernah melonjakkan band dari Indonesia ini dipersada muzik Malaysia suatu ketika dulu. Kini Letto kembali dengan album ketiga berjudul Lethologica mempertaruhkan Senyumanmu dan Kepada Hati Itu. Album ini mampu membangkitkan perasaan sedih, gembira, jatuh cinta dan pelbagai emosi alam percintaan.

Add a comment

Baca Lagi...
 
Band Otai Kembali Gegar
Ditulis oleh Rosli Manah    Isnin, 03 Ogos 2009 16:35    E-mail

Himpunan lagu top bang otai.

Macam putaran roda pun ada dan macam magik pun ada juga bila lagu-lagu lama diminati semula oleh anak muda sekarang.

Lagu-lagu rock era 80-an kembali diminati. Geng rokerz otai memanglah minat, tapi rokerz baru nak naik pun suka juga dengar lagu-lagu lama ini.

Stesen radio yang putar lagu-lagu lama, Sinar FM pun semakin popular dan bertambah bilangan pendengar dari sehari ke sehari.

Lagu-lagu yang mereka putarkan mendapat sambutan dan yang positifnya mereka pastinya memutarkan banyak lagu buatan Malaysia.

Band-band otai pun kembali hidup dan dapat peluang mengadakan persembahan semula gara-gara lagu lama mereka yang kembali diminati.

Album kompilasi lagu-lagu lama juga semakin mendapat sambutan. Semasa artis baru perit nak pasarkan album. kompilasi otai ni pula yang meriah jualan.

Salah satu allbum yang sedang hangat ialah Band-Band Otai yang menghimpunkan 22 buah lagu daripada kumpulan yang pernah hangat pada era 70-an dan 80-an.

Antara band pilihan ialah Gingerbread (Mat Jiwa-Jiwa, Samba), Sweet Charity (Jangan Tunggu Lama-Lama, Cinta Dan Cipta), Revolvers (Namun Kupunya Hati, Perpisahan), Sweet September (Hatiku Kau Guris Luka), Carefree (Rindu Bayangan), Black Dog Bone (Hatiku Luka Lagi), Alice Sound (Keluhan Kasih), Ilusi (Puisi Cinta, Suara Cinta), Bubbles (Impian Hampa), Metropolitan (Di Sebalik Rahsia Cinta), Freedom (Mulanya Di Sini), Kenny, Remy & Martin (Kupetik Bintang-Bintang) dan lain-lain.

Band lain yang turut dimuatkan ialah Brain Connections, Kembara, Headwind, Artstream danĀ  Urgent. Turut dimuatkan lagu-lagu Cinta Hampa daripada kumpulan Dlloyd dari Indonesia.

Add a comment
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 03 Ogos 2009 17:45 )
 
Pasha Ungu luah perasaan dalam album baru
Ditulis oleh Rosli Manah    Rabu, 13 Mei 2009 14:17    E-mail

altSemua orang tahu pasal Pasha Ungu yang melalui saat getir keruntuhan rumah tangga. Untungnya penyanyi yang turut mencipta lagu kerana mereka boleh luahkan apa yang dilalui dalam lagu mereka.

Add a comment
Baca Lagi... Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Mei 2009 13:15 )
 


JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL